KOTA TINGGI – Polis sedang memburu seorang individu yang mencuri beg milik seorang wanita dalam Masjid Al-Husna, di Bandar Tenggara di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.36 malam kelmarin.
“Pada m asa sama IPD Kota Tinggi turut terkesan dengan satu hantaran dimuat naik dalam Facebook oleh pemilik akaun ‘Mohamad Hariz Mohd NAl-Hu snaor’ dalam Facebook pukul 9 pagi tadi berkenaan kecurian itu.
“Satu kertas siasatan sudah dibuka bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil menyalurkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Saiful Said 018-7637969 atau mana-mana balai polis berhampiran atau hotline IPD Kota Tinggi 07-8831222.- MalaysiaGazette















