Seorang lelaki tempatan, 18 tahun ditahan polis disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen (4D) dalam satu serbuan di sebuah pondok di Jalan Takan. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan, 18 tahun ditahan polis disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen (4D) dalam satu serbuan di sebuah pondok di Jalan Takan, di sini.

Ketua Polis Daerah Song, DSP Benedict Faris Jimoy, berkata serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis.

Pemeriksaan menemukan suspek bersama beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian haram.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dalam kegiatan itu sejak Oktober lalu bagi menampung perbelanjaan harian.

“Suspek serta semua barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Song untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak polis terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di daerah ini demi menjamin keharmonian masyarakat.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti perjudian haram di kawasan masing-masing. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast