Iklan palsu di TikTok.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia meminta orang ramai tidak terpedaya dengan iklan palsu lesen memandu percuma dan tanpa ujian menerusi laman sosial TikTok https://vt.tiktok.com/ZSyxWT58q/.

Iklan itu telah mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar pengurusan tertinggi kementerian/jabatan termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan untuk memancing keyakinan orang ramai.

“JPJ ingin menegaskan iklan dan akaun tersebut adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai juga digalakan merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast