Anwar (tengah) menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Madani di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa institusi zakat bukan sekadar amalan tahunan tetapi memainkan peranan penting dalam membina keadilan sosial serta menangani masalah kemiskinan tegar di negara ini.

Beliau berkata, zakat berfungsi memastikan kesejahteraan golongan daif, fakir dan miskin selaras pandangan tokoh ulama terkenal, Syeikh Yusuf al-Qaradawi.

“Kadang-kadang kita anggap zakat hanya sebagai ibadah biasa tetapi lupa bahawa negara ini harus berdiri atas kekuatan institusi zakat dan dasar ekonomi yang menyelesaikan nasib rakyat yang tersisih dan terpinggir,” katanya ketika

Menurut Anwar, tanggungjawab menunaikan zakat bukan sahaja berkaitan ketakwaan kepada Allah tetapi juga dengan membela martabat mereka yang memerlukan.

“Dalam dasar ekonomi Madani, isu kemiskinan tegar tidak boleh dibiarkan berlarutan. Setiap tahun mesti ada jumlah yang diselesaikan dan angka itu mesti terus berkurangan.

“Sejak zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA, zakat dianggap penting hingga sanggup diisytiharkan perang terhadap mereka yang enggan menunaikannya.

“Semangat itu, perlu dijadikan asas memperkukuh peranan zakat pada masa kini supaya menjadi sistem sosial yang membela nasib rakyat miskin secara menyeluruh,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast