KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita untuk memberi keterangan berkaitan dengan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, individu yang dicari dikenali sebagai Rohayu Ithnin, nombor kad pengenalan 801228-14-5776, beralamat di No68A, Jalan Hamzah, Kampung Baru.
“Keterangan saksi diperlukan dalam perbicaraan yang sedang dijalankan di Mahkamah Sesyen Jenayah Satu Kuala Lumpur.
“Keterangan beliau berhubung dengan kes di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Inspektor Amiza Alig di talian 011-265 30413. – MalaysiaGazette















