Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lima bilik gerakan dilancarkan hari ini untuk orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, bilik gerakan itu disediakan susulan daripada tempoh PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 5 Disember depan.

Bilik gerakan yang boleh dihubungi adalah Pejabat SPRM Kota Kinabalu di talian 017-8478740/088-488381, Pejabat SPRM Cawangan Sandakan di talian 089-668746/011-18669877 dan Pejabat SPRM Cawangan Tawau di talian 089-772743.

“Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu di talian 089-868769 serta Pejabat SPRM Cawangan Keningau di talian 087-336761/016-5771521,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected].

SPRM menegaskan supaya semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang slaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast