Foto: Media sosial

KUALA LUMPUR – ZUS Coffee mengesahkan pihaknya maklum mengenai video tular melibatkan salah seorang pekerjanya dan telah mengambil langkah sewajarnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zus Coffee berkata, barista yang digelar ‘zurista’ oleh syarikat itu sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut.

“Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi Zurista kami.

“Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku.”

“Kita hanyalah manusia yang mencuba yang terbaik,” katanya.

Syarikat rangkaian kopi itu turut menggesa semua pihak supaya menghormati privasi individu yang terlibat dan tidak menyebarkan semula video berkenaan.

Tambahannya, syarikat itu menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kenyataan palsu serta memberi ruang kepada proses siasatan dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/11/10/pelanggan-simbah-minuman-ke-arah-barista-kedai-kopi-popular/

Terdahulu, video berdurasi lebih satu minit tular di media sosial menunjukkan seorang pelanggan wanita dipercayai berasal dari tanah besar China menengking seorang barista atas kelewatan penyediaan minuman.

Pelanggan terbabit turut didakwa menghina barista dengan panggilan “perempuan gemuk” sebelum menyimbah minuman ke arahnya.

“Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perlakuan yang tidak menghormati komuniti kami.” katanya

Zus Coffee akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast