Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Timbalan Presiden bagi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selepas selesai Konvensyen Parti Amanah di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 November 2025. (GAMBAR FAIL).

KUALA LUMPUR – Saranan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mohamad Sabu supaya orang Melayu meninggalkan politik perkauman bercanggah kerana semua wakil rakyat partinya sendiri ialah Melayu Islam.

Ahli Bersatu Bahagian Bangi, Mahdzir Ibrahim berkata, Amanah sering bercakap tentang politik progresif namun masih bergantung kepada undi Melayu.

“Lapan kerusi Parlimen yang dimenangi, enam berada di kawasan majoriti Melayu manakala dua lagi kerusi campuran dengan majoriti pengundi Melayu.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: media sosial

Keadaan itu menunjukkan parti itu masih bergantung kepada politik identiti untuk menang pilihan raya walaupun melaungkan perjuangan merentas kaum.

“Ini hanya sekadar nasihat moral tanpa dasar jelas untuk mengatasi diskriminasi dalam pekerjaan dan perniagaan. Isu provokasi terhadap budaya, bahasa dan agama terus berlaku tanpa beliau sentuh atau kritik.” katanya

Kata-kata menolak politik kaum itu, katanya, hanya retorik lama untuk nampak lebih ‘Malaysian’ sedangkan Amanah sendiri masih bergantung pada sokongan Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast