Lambang Polis Diraja Malaysia.

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan di Jalan Seremban–Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amirul Yazid Anuar berkata, kemalangan berlaku sekitar 2.40 petang dan melibatkan mangsa berusia 36 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Pajam menuju ke Kuala Pilah.

“Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal tersebut dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang belum dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftarannya sebelum terjatuh di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhd Amirul berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast