Dua kereta terlibat kemalangan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini.

BATU KAWAN – Polis telah mengesan dua pemandu yang terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SAHMS) di sini selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku 7.25 pagi pada Ahad lalu.

“Semakan lanjut mendapati kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun dari arah Bayan Lepas menuju ke Batu Kawan dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Persona dipandu lelaki berumur 27 tahun.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Rule 10 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Shahrin Saad di talian 017 549 9391 atau hadir ke Balai Trafik IPD Seberang Perai Selatan serta mana-mana balai polis berhampiran.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Saya juga ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Semalam tular rakaman video berdurasi 57 saat di Facebook memaparkan satu kemalangan di arah Batu Maung menuju ke Batu Kawan membabitkan dua kereta sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ia susulan keadaan kedua-dua kereta di tersebut berpusing dengan keadaan kiri dan kanan menutup laluan jalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast