Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membuat rayuan terhadap keputusan penghakiman berkait tuntutan 40 peratus di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun tidak akan merayu formula pelaksanaan hak negeri seperti termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.















