Foto: media sosial PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang gadis dikenali sebagai ‘Balqis Hassan’ yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kehilangan gadis ini aduan dibuat oleh ahli keluarganya pada hari yang sama kehilangannya

“Balqis, 20 tahun, mempunyai ketinggian antara 160 hingga 165 sentimeter, berat kira-kira 50 hingga 60 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan bermata hitam.

“Kali terakhir dilihat mangsa memakai tudung hitam, baju lengan panjang warna hitam serta seluar track suit warna hitam.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast