Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama warga JPM ketika hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi Bulan November di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 12 NOVEMBER 2025

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan mengulas desas-desus yang melaporkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kabinet.

Anwar ketika menjawab soalan media, beliau hanya memberikan respon “Ye ke? Siapa beritahu?’ soalnya semula.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan kemungkinan ada rombakan Kabinet yang dijangka diumumkan oleh Anwar pada awal Disember ini.

Laporan memetik sumber itu dikatakan bakal menjadi antara penyusunan semula paling signifikan sejak penubuhan kerajaan Madani dengan tumpuan kepada pengukuhan pasukan ekonomi, pengurangan saiz Kabinet dan kesinambungan perkhidmatan menteri.

Antara yang disebut-sebut akan menyertai Kabinet Anwar adalah Khairy yang akan kembali ke Kabinet sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast