Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemui terapung di perairan berhampiran sebuah hotel di Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam sekitar 7.55 malam berhubung penemuan mayat berkenaan sebelum sepasukan anggota tiba di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati mayat berkenaan dipercayai lelaki Cina berusia lingkungan 40-an, berketinggian 16 sentimeter (cm), berat 64 kilogram, berambut pendek beruban, berkulit cerah dan memakai gigi palsu.

“Ketika ditemui mangsa memakai baju T-shirt hitam berjalur menegak, lengan berjalur melintang dan berseluar pendek berwarna hijau bertulisan ‘S.Army’ di bahagian kiri namun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Maslan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesen kecedaraan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Jelasnya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan pengambilan cap jari bagi mengenal identiti si mati.

“Bedah siasat dilakukan pada 10 November sekitar 10 pagi dan keputusan diklasifikasikan sebagai belum dapat ditentukan dan cap jari mangsa juga gagal dikesan,” ujarnya.

Beliau meminta waris atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat menghubungi Ketua Polis Balai Port Dickson, Inspektor Rowi Hasan di talian 06-647 2999 atau 06-647 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast