Anggota bomba memadamkan kebakaran lori kontena di KM254 Lebuhraya Utara-Selatan. Gambar dari Bomba Channel

IPOH – Sebuah lori kontena yang membawa muatan sayur musnah dalam satu kebakaran di KM254 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi, mengakibatkan seorang mangsa ditemui di tempat duduk penumpang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.16 pagi.

Setibanya di tempat kejadian, di kepala lori terbakar hampir 90 peratus manakala bahagian treler mengalami kerosakan sekitar 20 peratus.

Ketua Operasi, PBK I Cik Burhan Hamid berkata, selepas pemadaman sepenuhnya, pihaknya menemukan seorang mangsa dikenali di bahagian tempat duduk penumpang.

Mangsa dikenali sebagai sebagai Gunaselan.

Menurutnya, identiti mangsa disahkan melalui maklumat yang diperoleh daripada rakan mangsa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan lokasi sebenar bermulanya api belum dapat dipastikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast