Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh di Kilometer 28.2 Lebuhraya Senai-Desaru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pukul 1.25 pagi.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kemalangan dipercayai berlaku pukul 1.10 pagi.

“Semasa sedang dalam perjalanan menghala ke Ulu Tiram tiba-tiba motosikal hilang kawalan lalu terbabas dan terseret sebelum terhenti di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.

Pihaknya memohon saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada polis menerusi Italian 07-3864222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast