Sumber: DOSM

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli menurun 14.8 peratus pada September 2025 (26,647 tan metrik) berbanding pada Ogos 2025 (31,285 tan metrik).

Prestasi suku ketiga 2025 menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 36.9 peratus kepada 93,815 tan metrik berbanding 68,513 tan metrik pada suku kedua 2025.

Manakala prestasi pertumbuhan tahunan pengeluaran getah asli Malaysia pada suku ketiga 2025 pula mencatatkan penurunan 11.3 peratus berbanding suku ketiga 2024 (105,715 tan metrik).

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 16.3 peratus (September 2024: 31,847 tan metrik).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pengeluaran getah asli Malaysia pada September 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (85.2%) berbanding sektor estet (14.8%).

Jumlah stok getah asli pada September 2025 meningkat 0.7 peratus kepada 159,629 tan metrik berbanding 158,157 tan metrik pada Ogos 2025.

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 81.9 peratus diikuti kilang pengguna getah (18.0%) dan estet getah (0.1%).

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 33,548 tan metrik pada September 2025, menurun 15.1 peratus berbanding Ogos 2025 (39,517 tan metrik).

China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu menyumbang 44.2 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada September 2025 diikuti Emiriah Arab Bersatu (13.8%), Jerman (12.8%), Amerika Syarikat (5.5%) dan Portugal (4.2%).

Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah.

Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.1 billion pada September 2025, menurun 8.2 peratus berbanding Ogos 2025 (RM1.2 billion).

Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat merekodkan peningkatan iaitu 1.5 peratus (September 2025: 577.89 sen sekilogram; Ogos 2025: 569.48 sen sekilogram) manakala Sekerap meningkat 1.7 peratus (September 2025: 604.53 sen sekilogram; Ogos 2025: 594.18 sen sekilogram).

Trend harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) meningkat 1.4 peratus dan 2.1 peratus.

The World Bank Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) meningkat 1.7 peratus daripada USD1.71/kg kepada USD1.74/kg dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) menurun 1.9 peratus daripada USD2.15/kg kepada USD2.11/kg.

Prestasi suku ketiga 2025 menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 36.9 peratus kepada 93,815 tan metrik berbanding 68,513 tan metrik pada suku kedua 2025.

Prestasi pertumbuhan tahunan pengeluaran getah asli Malaysia pada suku ketiga 2025 pula mencatatkan penurunan 11.3 peratus berbanding suku ketiga 2024 (105,715 tan metrik).

Menurut Malaysia Rubber Board Digest keluaran September 2025, pasaran getah Kuala Lumpur mempamerkan trend bercampur-campur dalam jajaran kecil sepanjang September 2025, dipengaruhi oleh keadaan ekonomi global, ringgit yang lebih kukuh, pengumuman kelewatan kedua EUDR dan kebimbangan bekalan berkaitan cuaca.

Secara amnya, sentimen pasaran terjejas oleh kedua-dua senario ekonomi China yang bercampur-campur dan harga minyak mentah, data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah serta ketegangan geopolitik yang berterusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast