Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau lebih banyak menumpukan komitmen terhadap kerjanya tanpa memikirkan tempoh sebagai senator ketika ini.

Jelas beliau, kesibukan itu membuatkan dirinya tidak sempat berfikir mengenai soal penamatan tempoh pelantikannya sebagai Ahli Dewan Negara tidak lama lagi.

“Saya dengan kesibukan bekerja, saya tak terfikir pun bab itu. Saya pun tak teringat kalau tak ditanya. Begitulah komitmen kerja saya, sampai saya pun tak terfikir.

“Senator saya tamat bila atau apa yang nak berlaku pada saya, saya tak langsung tumpu ke situ. Tak pernah dibincangkan, yang itu kena tanya Perdana Menteri,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai status jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara di mana antara menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang bakal menamatkan tempoh penggal pertama sebagai Senator pada 2 Disember depan.

Dua lagi menteri yang dijangka menamatkan tempoh sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz terpaksa melepaskan jawatannya itu kerana menamatkan tempoh sebagai Senator selama dua penggal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast