KLANG – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa penahanan aktivis dan penduduk Kampung Papan, Pandamaran, Klang, yang menghalang beberapa rumah masih berpenghuni dirobohkan, adalah tidak sah.

Parti itu dalam kenyataan hari ini berkata, penahanan tersebut juga bercanggah dengan arahan kerajaan negeri Selangor yang yang sebelum ini memaklumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari hanya membenarkan rumah kosong diroboh.

“Aktivis tersebut hadir dan bertindak selaras dengan arahan kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Antara yang ditahan adalah Setiausaha Agung PSM M. Sivaranjan, Bendahari Kehormat PSM Soh Sook Hwa, serta tujuh aktivis lain dan penduduk kampung.

Sehubungan itu, PSM menuntut pembebasan segera semua aktivis yang ditahan serta penghentian kerja perobohan dan pengusiran paksa di Kampung Papan sehingga penduduk mendapat penempatan alternatif yang adil.

Terdahulu media melaporkan, sembilan lagi individu ditahan polis hari ini yang merupakan hari keempat operasi perobohan dijalankan.

Semalam, polis menahan Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan, aktivis M Mythreyar dan wakil penduduk M Logesvaran. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast