KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Bau, Sarawak semalam.
Ketua Polis Derah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, Operasi Tapis Khas / Operasi Waran Tangkap itu dijalankan pada jam 10.45 pagi hingga 5.20 petang.
“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berkenaan didapati positif dadah.
“Mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Haide berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. – MalaysiaGazette
















