KUALA LUMPUR – Polis menahan sebuah lori treler yang membawa kira-kira 40 tan beras putih tanpa dokumen sah dalam operasi bersepadu di Jalan Kota Bharu–Gua Musang pada malam semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penahanan dibuat kira-kira jam 8 malam selepas pasukan operasi mengesan kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran simpang Taman Perisai Wira, Kuala Krai.

“Pemandu lori itu yang merupakan seorang lelaki Melayu ditahan, manakala kenderaan bersama muatan yang dianggarkan bernilai RM350,050 turut dirampas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1964 sebelum dirujuk kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
Mohd Yusof menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras penyalahgunaan bahan makanan bersubsidi di negara ini. – MalaysiaGazette















