Gambar Arkib MG

KUALA LUMPUR – Dua calon daripada Parti Damai Sabah (SBP) gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas tiba lewat di Pusat Penamaan Calon.

Abdul Hata Abdul Hala gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan kerana tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Arena Masyarakat Semporna selepas pukul 10 pagi.

Menurut laporan media, turut gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat pencalonan sama ialah Ahmad Daud Awang yang berhasrat untuk bertanding di DUN Bugaya dalam Parlimen Semporna.

Sebaik proses penamaan calon berakhir pada pukul 10 pagi, maka kempen PRN Sabah bermula selama 14 hari, iaitu hingga pukul 11.59 malam pada 28 November seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini dan tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November, manakala hari pengundian 29 November. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast