Ketua Menteri Sabah yang juga Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor hadir menyerahkan borang penamaan calon DUN Sulaman sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selesai menghantar borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman jam 9 pagi tadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke 17, hari ini,

Hajiji yang hadir lengkap berpakaian baju melayu biru tiba di pekarangan Dewan Seri Sulaman dengan tiga lagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Jasnih Daya bagi DUN Pantai Dalit, Datuk Joniston Bangkuai bagi DUN Kiulu dan Dr Bonaventure Boniface untuk DUN Tamparuli.

Di Semporna, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal selesai membuat penyerahan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon PRN Sabah ke-17 di Dewan Masyarakat Semporna pada jam 9.22 pagi.

Tempoh penyerahan borang calon ditetapkan sehingga jam 10 pagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast