Wan Adriana Qaisara Wan Azim terakhir kali dilihat di rumahnya di Kuatres Integrasi Hospital Sungai Buloh.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di kawasan Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Superintendent Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, remaja dikenali sebagai Wan Adriana Qaisara Wan Azim terakhir kali dilihat di rumahnya di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh.

Tambah beliau, pakaian terakhir remaja perempuan berusia 15 tahun itu adalah baju bewarna hitam, berseluar hitam, memakai beg galas biru muda dan bertudung sarung warna hitam.

“Mangsa mempunyai anggaran ketinggian kira 149 sentimeter (cm), beratnya 48 kilogram (kg) dan warna kulitnya adalah sawo matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis yang brdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707 bagi membantu siasatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast