Gambar sekadar hiasan. Sumber: media sosial

KUALA LUMPUR – Universal Music Malaysia menurunkan muzik video terbaharu Dolla yang berjudul Question selepas menerima maklum balas orang ramai mengenai penampilan ahli kumpulan yang kurang sopan.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, langkah itu diambil selepas penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan serta melihat kepada maklum balas masyarakat.

Menurutnya, sebagai syarikat rakaman yang beroperasi dalam ekosistem majmuk, pihaknya sentiasa menghormati nilai budaya, sensitiviti agama dan pandangan peminat.

“Kami mengambil serius setiap maklum balas dan bertanggungjawab terhadap sebarang kekhilafan.

Kreativiti dan ekspresi seni perlu selari dengan norma setempat, justeru keputusan menurunkan video ini dibuat demi keharmonian,” katanya dalam kenyataan.

Universal Music Malaysia turut memaklumkan proses semakan dalaman akan diperketat bagi setiap perancangan kreatif selepas ini bagi mengelakkan isu sama berulang.

Menurut kenyataan, syarikat itu juga menghargai maklum balas peminat dan masyarakat yang disifatkan sebagai membina.

“Pihaknya berharap isu berkenaan dapat diselesaikan tanpa menjejaskan hubungan antara artis, peminat dan komuniti muzik tempatan.” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan pihaknya sedang meneliti tindakan terhadap selebriti Muslim yang berpakaian tidak sopan selain mengarahkan semakan semula garis panduan pemakaian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast