PDRM
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Payamas, Taman Sentosa, Tangkak awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayub berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan pada 1.58 pagi, melibatkan Perodua Viva dan Myvi serta Toyota Hiace, Vios dan Hilux.

“Seorang wanita 56 tahun yang merupakan penumpang Perodua Viva disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata berkata mereka yang cedera merupakan wanita berusia 60 tahun dan lelaki 65 tahun yang juga menaiki Perodua Viva selain tiga daripada Myvi iaitu wanita berumur 27 serta 61 tahun dan remaja lelaki 14 tahun.

Beliau berkata pemandu tiga lagi kenderaan yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada 2.54 pagi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast