Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Tiga akta akan dipinda pada tahun depan sebelum pelaksanaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF).

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ia melibatkan Akta Jalan Persekutuan, Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jelasnya, pindaannya akan melibatkan kesalahan tidak membayar tol dan pihak yang akan melaksanakan penguatkuasaannya.

“Apakah antara perkara yang akan dipinda, iaitu tentang kesalahan tidak bayar tol, maklumlah palang tol tidak ada dan siapakah yang hendak melaksanakan?

“Kemungkinan besar LLM daripada segi penguatkuasaan mengenai siapa yang tidak bayar tol,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Zahir Hassan (Wangsa Maju-PH) bertanya apakah garis masa kerajaan untuk memastikan bahawa kesemua 33 pemegang konsesi lebuhraya berhijrah daripada sistem sedia ada kepada MLFF.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan tidak perlu mengeluarkan kos sebanyak RM30 billion untuk melaksanakan sistem bayaran tol tersebut kerana Kabinet bersetuju ia dilakukan melalui Bisnes To Bisnes (B2B).

“Berapa kos konsesi kena pilih sistem yang perlu kompetetif dan perkara ini bagi kita memastikan pengguna tidak dapat caj tambahan kita harap kepentingan pengguna akan sentiasa diambil berat,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast