Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aspek dasar fiskal dan pengurusan negara yang lebih teratur menjadi antara faktor  menentukan pengukuhan nilai ringgit sehingga mempunyai prestasi terbaik di seluruh Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membantu menyuntik keyakinan dalam kalangan pelabur sehingga negara pertama kali dalam tempoh 14 tahun berjaya keluar daripada defisit perkhidmatan.

“Satu angka yang sangat menarik, defisit kita dulu memang jadi masalah… tetapi angka bagi suku ketiga 2025, kita pertama kali mendapat lebihan dan tidak lagi defisit selepas 14 tahun defisit perkhidmatan, dapat dilepaskan dan ada lebihan.

“Untuk perkhidmatan sahaja, RM0.7 bilion selepas 14 tahun. Ini kerana perancangan ekonomi kita. Begitu juga baki akaun semasa yang juga positif iaitu 12.2 peratus dalam suku ketiga,” katanya menjawab soalan Datuk Awang Solahuddin Hashim (Pendang-PN) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, nilai ringgit meningkat kepada 8.21 peratus, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga 14 November lalu, dibanding dolar Australia sebanyak 5.66 peratus dan dolar Taiwan 5.26 peratus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast