Noor Eda Fariza Abu Bakari terakhir kali dilihat di rumahnya di Mentari Court, Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari, Petaling Jaya pada 8.30 pagi sembilan hari yang lalu. - Sumber PDRM.

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan kehilangan seorang wanita, Noor Eda Fariza Abu Bakari di Petaling Jaya dekat sini sejak 10 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Noor Eda Fariza Abu Bakari kali terakhir dilihat di rumahnya di Mentari Court, Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari, Petaling Jaya pukul 8.30 pagi sembilan hari yang lalu.

Menurut beliau, Noor Eda yang berusia 37 tahun mempunyai bentuk muka bujur, warna kulit yang cerah, bentuk badan kurus dengan berketinggian kira-kira 158 sentimeter.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Inspektor Lau Chee Ung di talian 014-346 7568 atau 03-787 52222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast