Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menutup Operasi Patkor Kastima 29B/2025 dengan merekodkan lima kes dengan rampasan bernilai RM558,344 hasil rondaan bersama Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) Indonesia.

KUALA LUMPUR -Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menamatkan Operasi Patkor Kastima 29B/2025 dengan merekodkan lima kes menerusi rampasan bernilai RM558,344 hasil rondaan bersama Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) Indonesia.

Operasi yang dilaksanakan menerusi kerjasama antara kedua-dua negara di bawah kerjasama Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia–Indonesia turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan perairan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, operasi ini telah wujud sejak 1970-an sebelum diformalkan pada awal 1990-an.

Menurutnya, operasi ini dilaksanakan setiap tahun bagi membanteras penyeludupan di kawasan sempadan laut dan darat.

Operasi Patkor Kastima 29B/2025

“Antara fokus utama operasi ialah mencegah perdagangan haram termasuk narkotik, barang kena cukai tidak sah, senjata serta komoditi terlarang” katanya

Rampasan tahun ini melibatkan rokok putih dan ganja, berbanding 2024 yang turut merangkumi minyak diesel, benih sawit dan rokok putih.

JKDM berkata, rekod kes berkenaan menunjukkan kepentingan operasi bersama dalam memastikan keselamatan ekonomi, memantau laluan panas penyeludupan serta mengekang jenayah rentas sempadan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast