Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki semalam yang dipercayai menyamun sebuah kedai pakaian terpakai di Kota Bharu, Kelantan pada 10 November lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 43 tahun itu melakukan empat samun di premis perniagaan di sekitar Kota Bharu sebelum ini dengan mengacukan senjata bagi menakutkan mangsa.

“Tangkapan mempunyai empat rekod lampau (narkotik),” katanya menerusi kenyaaan, hari ini.

Menurut Mohd Yusoff, penahanan suspek membawa kepada rampasan dua buah motosikal, sepucuk pistol tiruan, 12 biji pil berwarna kemerahan disyaki dadah, tiga topi keledar, seutas jam tangan wanita, dua beg sandang dan dua pelitup muka.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing terhadap mangsa adalah positif.

Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati suspek juga telah melakukan empat samun sebelum ini di sekitar Kota Bharu dengan modus operandi yang sama iaitu melakukan samun di premis perniagaan dan mengacukan senjata bagi menakutkan mangsa.

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Samun) yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang daripada empat tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta denda atau sebat.

Tambah beliau, siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 15(1) Akta dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast