Adzli Abu Shah menunjukkan sepucuk pistol yang di sebuah pejabat kilang di Jalan Semeling, Bedong, 13 November 2025.

KUALA LUMPUR – Polis Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menemui sepucuk pistol di sebuah pejabat kilang di Jalan Semeling, Bedong, pada 13 November lalu.

Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, pemeriksaan  menemui beg plastik hijau yang tersorok di celahan kotak di bahagian belakang pejabat.

“Di dalam beg itu, polis menemui sepucuk pistol jenama Sig Sauer bersama satu kelopak peluru bertulis “SIG SAUER 9MM MADE IN USA”, namun tanpa peluru di dalamnya,” katanya.

Selain itu, siasatan polis turut mengesan kewujudan kelongsong peluru dalam bilik asrama milik seorang lelaki warganegara India, termasuk dua butir kelongsong bertulis “S&B 9X19 22”.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api secara menyalahi undang-undang.

Pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 atas kesalahan memiliki atau membawa senjata dan amunisi tanpa lesen atau permit.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Adzli menegaskan, kesalahan jenayah kekerasan dilihat serius kerana ia memberi ancaman kepada keselamatan awam serta ketenteraman masyarakat.  – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast