Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen dan suaminya, Kamal Adli akan menghadiri perbincangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember.

Beliau berkata, keputusan memfailkan perceraian dibuat selepas empat tahun memberi peluang kepada suaminya untuk memperbaiki rumah tangga namun tiada perubahan yang berlaku.

Beliau turut memaklumkan sudah berbincang dengan keluarga mentua sebelum membuat keputusan.

“Saya mahu menjaga keselamatan mental dan fizikal diri serta anak.” katanya

Menurutnya, peluang yang diberikan tidak dimanfaatkan dan keadaan memaksanya untuk memilih jalan perpisahan demi kebaikannya sendiri dan anak.

Pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun sembilan bulan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast