Nur Danisha Amira Muhammad Arif. Kredit: IPD Kuala Krai

KOTA BHARU – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bedal, Kuala Krai, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Mohd Maizan Mustaffa berkata Nur Danisha Amira Muhammad Arif yang berusia 15 tahun memiliki kulit sawo matang serta berbadan kurus.

“Kehilangan Nur Danisha Amira dilaporkan oleh ibunya yang berusia 39 tahun pada Isnin (17 Nov). Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja perempuan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan C. Shures menerusi talian 019-3433523 atau mana-mana polis berhampiran,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast