Sebuah pondok yang disyaki sarang penjualan dadah digempur. -Sumber PDRM.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di kawasan hutan Kelupu, Bintangor, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintenden Tansli Meing berkata, operasi serbuan itu dilakukan kerana kawasan tersebut disyaki sebagai lokasi bagi sarang penagih dadah.

“Polis telah menahan 14 lelaki tempatan berumur 19 hingga 40 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berumur 38 tahun.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, hasil saringan air kencing mendapati 13 lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, manakala seorang lagi lelaki tempatan didapati negatif dan dibebaskan

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast