Shaarnaz Ahmad. -Gambar Media Sosial.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada golongan lelaki berstatus duda untuk tidak membuat trend lagu Jamilah yang sedang tular ketika ini.

Melalui hantaran di InstaStorynya, beliau akan menggugurkan nama individu-individu yang terjebak daripada Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM) sekiranya terlibat dengan trend tersebut.

“Sesiapa yang tertangkap membuat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenaraikan hitam serta merta dari persatuan.

“Kepada semua ahli dan prospek PPDM, kita duda bukan terdesak, kita ada gaya,” tulisnya berseloroh dalam InstaStory miliknya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, golongan duda tidak sepatutnya membuat trend sebegitu yang jelas menunjukkan sifat yang terdesak untuk mencari seorang pasangan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama termasuk beberapa selebriti yang melakukan trend tersebut.

Sebelum ini, trend Jamilah tular di laman media sosial berikutan seorang aktor yang juga seorang duda menyanyikan lagu tersebut sehingga menarik perhatian ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast