Pihak MalaysiaGazette dengan ini merujuk kepada artikel bertajuk “Orang Melaka malu Panggung Bangsawan dicemari konsert liar” yang telah diterbitkan pada 26 Ogos 2025 di portal kami serta hantaran media sosial berkaitan artikel tersebut.
Selepas penelitian semula, kami mengakui bahawa artikel berkenaan telah diterbitkan tanpa semakan yang mencukupi terhadap kesahihan fakta dan maklumat. Hal ini adalah satu kecuaian daripada pihak kami sendiri dan kami amat kesal atas perkara yang telah berlaku. Kami telah menarik balik siaran tersebut dari portal berita dan media sosial MalaysiaGazette.
Dengan penuh rendah hati, kami memohon maaf kepada Mcorp Corporate Services Sdn Bhd (MCSSB) sebagai pengurus Panggung Bangsawan atas sebarang kesulitan, salah tanggapan atau kerosakan reputasi yang mungkin timbul akibat penerbitan artikel tersebut.
Pihak MalaysiaGazette beriltizam untuk menambah baik kawalan editorial dan memastikan standard kewartawanan yang lebih tinggi dipatuhi pada masa hadapan. Kami juga berjanji tidak akan mengulangi penerbitan artikel atau kenyataan yang mempunyai maksud sama atau serupa terhadap pihak berkenaan.
Sekali lagi, kami memohon maaf di atas kecuaian ini.
MalaysiaGazette
21 November 2025















