KUANTAN – Polis memohon kerjasama orang awam mengesan Thivagaran a/l Patamali, 24 yang dilaporkan hilang sejak 17 November lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kali terakhir lelaki itu dilihat rumahnya di Kampung Baru, Karak, Bentong.
“Adik lelakinya yang membuat laporan kehilangan mangsa melihat mangsa keluar daripada rumah untuk bekerja di Kebun Sertik.
“Ketika itu, mangsa yang berkulit gelap dengan ketinggian 175 centimeter (cm) dan berat 75 kilogram (kg) memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek hitam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, Zaiham menyeru mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai mangsa untuk tampil ke balai polis terdekat. – MalaysiaGazette
















