Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tema manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah iaitu `Kasi Bagus Sabah’.

Secara sinikal, beliau melontarkan pertanyaan bagaimanapun PN mahu menjadikan Sabah bagus sedangkan empat negeri ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis (SG4) sendiri tidak bagus.

“Sudah lama Kelantan dan Trengganu diperintah. Apa yang bagusnya? Kes jenayah menurun? Apa kejayaan ekonomi di SG4 setelah melantik Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sebagai penasihat ekonomi?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Puad mengingatkan PN supaya tidak perlu beretorik di Sabah.

“Bagi bagus parti Bersatu “lagi bagus”,” katanya.

PN dijadualkan melancarkan manifesto mereka sempena PRN-17 Sabah yang bertemakan `Kasi Bagus Sabah’ pada pukul 7.30 malam ini di Dataran Pomoi, Putatan, Sabah.

Tawaran PN menerusi manifesto itu merangkumi 12 tunjang utama untuk membina Sabah yang lebih bersih, stabil dan sejahtera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast