Kesan bedilan Rusia di stesen kereta api Ukraine di Chaplyne. Foto Twitter

WASHINGTON – Ukraine akan menyerahkan beberapa wilayah timurnya kepada Rusia dan mengurangkan bilangan tentera di bawah 28 perkara rancangan damai yang disokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menurut draf yang diperoleh AFP.

Kyiv turut berikrar tidak menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tidak memanggil anggota pengaman walaupun pesawat perang Eropah mungkin ditempatkan di Poland untuk melindungi Ukraine.

Seorang pegawai AS memberitahu AFP bahawa rancangan draf itu termasuk jaminan keselamatan untuk Kyiv, dengan menggunakan model peraturan NATO, yang mungkin dilaksanakan AS dan sekutu Eropahnya untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan ke atas Ukraine.

Sementara itu, keanggotaan semula Rusia ke dalam Kumpulan G8 mungkin dilakukan dan sekatan bantuan ditarik balik di bawah rancangan tersebut, yang mana para pegawai AS berkata, ia masih berada pada peringkat ‘dokumen kerja’.

Cadangan tersebut membabitkan konsesi utama oleh Kviy, yang mana sebelum ini enggan menyerahkan sebarang wilayah, ketika mengadakan pertemuan dengan Moscow yang menuntutnya berikutan serangan pada 2022.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, beliau menjangka untuk berbincang rancangan itu dengan Trump dalam masa terdekat.

Katanya, sebarang persetujuan perlu membawa kepada ‘keamanan yang bermaruah’ yang menghormati kedaulatan Kyiv.

Ketika White House menafikan laporan AS merancang cadangan itu dengan Moscow yang menyatakan bahawa envoi Steve Witkoff dan Setiausaha Negara, Marco Rubio secara senyap-senyap bekerja untuk kedua-dua belah pihak sejak beberapa bulan lalu.

“Presiden menyokong rancangan ini. Ia merupakan rancangan yang baik untuk Rusia dan Ukraine,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt kepada pemberita.

Trump akan mengetuai sebuah ‘majlis damai’ untuk memantau gencatan senjata, sama seperti yang dicadangkan untuk gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas.

Perkara utama cadangan yang selaras dengan Moscow itu sebelum ini menuntut dan melepasi garisan merah Ukraine.

Ia termasuk pengunduran Ukraine dari wilayah Lugansk dan Donetsk, barisan hadapan lingkaran industri dikenali sebagai Donbass yang masih dikuasai Ukraine.

Dua wilayah dan Crimea, di bawah pembesaran Rusia pada 2014, ‘akan diiktiraf sebagai de facto Rusia, termasuk AS ‘ketika zon bebas tentera diwujudkan di Donbas.

Wilayah selatan yang musnah akibat peperangan, Kherson dan Zaporizhzhia, yang mana Rusia dakwa menguasainya, akan ‘dibekukan di samping garisan hubungan’, katanya.

Tentera Rusia yang menguasai kira-kira seperlima Ukraine, sebahagian besarnya musnah akibat pertempuran selama bertahun-tahun.

Ukraine berharap Eropah mengetuai anggota pengaman tetapi Rusia enggan menerima sebarang desakan seperti itu dan memenangi rancangan damai tersebut.

NATO mungkin bersetuju untuk tidak menempatkan tentera di Ukraine, ketika negara itu mungkin diharamkan daripada menyertai NATO oleh perlembagaannya dan undang-undang sekutunya.

Kyiv mungkin mengurangkan bilangan tentera sehingga kurang daripada separuh, kepada 600,000 orang.

Sebagai balasan, Ukraine akan menerima ‘jaminan keselamatan yang boleh diharapkan’, menurut rancangan tersebut tanpa memperincikannya, namun jet pejuang Eropah akan ditempatkan di negara jiran, Poland.

Ukraine juga akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 100 hari, atas permintaan Rusia yang senada dengan Trump, yang menyifatkan Zelensky sebagai seorang ‘diktator tanpa pilihan raya’ pada awal tahun ini.

Ketika skandal rasuah memuncak di Ukraine yang mengorbankan jawatan dua Menteri, Kyiv memadamkan ungkapan mengenai pengauditan bantuan asing dan menggantikannya dengan ‘pengampunan sepenuhnya’, kata seorang pegawai kanan AS kepada AFP. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast