Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Dua kanak-kanak lelaki maut selepas basikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Kampung Sedaka Tengah di Yan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.25 pagi daripada orang awam memaklumkan kejadian melibatkan masing-masing sebuah kereta dan basikal.

“Mangsa yang berusia 10 dan 11 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hamizi berkata mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta telah ditahan dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast