Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Wang simpanan serta hasil pinjaman seorang lelaki berjumlah RM292,186 hangus selepas diperdaya scammer menyamar sebagai wakil insuran dan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 48 tahun menerima panggilan daripada individu yang menyamar wakil insuran pada 18 Ogos lalu.

“Lelaki tersebut menerima panggilan kononnya daripada wakil insuran sebelum disambungkan kepada ‘anggota polis’ yang mendakwa mangsa terlibat penggubahan wang haram dan dan mempunyai waran tangkap.

“Atas arahan suspek, mangsa telah membuat sebanyak 32 transaksi dari 18 Ogos hingga semalam ke dalam beberapa akaun bank untuk bayaran ikat jamin dan pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian menyedari ditipu apabila suspek tidak lagi dapat dihubungi sebelum membuat laporan polis semalam.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda.

Pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon yang meragukan.

Sebaliknya kata beliau, membuat semakan melalui nombor rasmi agensi berkaitan atau portal semak mule dan talian CCID Scam Response Centre.

Tambahnya, ini termasuk mengikuti nasihat dalam laman media sosial polis bagi mendapat maklumat berkaitan modus operandi yang digunakan scammer.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast