KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar membuat teguran khusus kepada wanita bertudung berikutan gaya pemakaian tudung masa kini yang tidak mengikut syariat agama.
Jelas beliau, ini kerana ada segelintir mereka yang menampakkan leher, anak tudung dan cuping telinga sedangkan ia juga adalah sebahagian daripada aurat.
Pemilik nama sebenar Mohamad Wadi Annuar Ayub itu menasihat semua wanita Muslim untuk memakai tudung yang memenuhi syarat dengan menutup seluruh aurat.
“Tengkok, anak rambut dan cuping telinga juga adalah aurat yang wajib ditutup,” tulis di media sosialnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengambil positif teguran yang diberikan oleh Ustaz Wadi Annuar dan akan cuba memperbaiki diri dalam menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Sementara itu, dalam hantaran lain, beliau turut menasihati ibu bapa yang memiliki lebih daripada dua anak perempuan agar mendidik mereka dengan cara elok.
“Dalam satu hadis sahih Nabi Muhammad SAW sebut, orang yang ada dua orang anak perempuan atau lebih, lalu dia didik, dia sayang maka di akhirat nanti anak-anak perempuan itu akan menjadi sebab dia dimasukkan ke dalam syurga,” tulisnya. – MalaysiaGazette
















