KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di kawasan sekitar Bachok dan Kota Bharu, Kelantan susulan hujan dan banjir demi keselamatan pengguna setempat.

Kawasan yang terjejas bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan itu ialah Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan Wakaf Aik, di Bachok.

TNB berkata, syarikat itu telah menerima banyak aduan berhubung gangguan bekalan di negeri Kelantan.

Menurutnya, keadaan hujan lebat serta risiko banjir yang meningkat turut menyebabkan keadaan di lokasi menjadi tidak selamat, dan ini memerlukan pasukan teknikal TNB mengambil langkah keselamatan sebelum kerja-kerja pemulihan dapat dijalankan.

Nasihatnya, sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast