Calon Barisan Nasional (BN) N.30 Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (kanan) sempat membantu mangsa kemalangan jalanraya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kampung Brunei, Kimanis, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2025.

KIMANIS – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Bongawan, Datuk Mohamad Alamin dan isteri Datin Dr Rohamini Sibin menunjukkan sikap prihatin apabila membantu mangsa kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di hadapan Kampung Brunei, di sini, ketika pasangan tersebut dalam perjalanan untuk menghadiri program ziarah dan mendekati penduduk tempatan.

“Saya dan jentera dalam perjalanan nak ziarah waktu kejadian berlaku.

“Isteri saya yang juga seorang doktor terus membantu memandangkan dia lebih arif dengan situasi begini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Calon Barisan Nasional (BN) N.30 Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (tengah) sempat membantu mangsa kemalangan jalanraya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kampung Brunei, Kimanis, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2025.

Mohamad bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat menunggu hingga ambulans tiba kerana sudah terikat dengan jadual.

“Isteri saya ada menunggu di tempat kejadian hingga ambulans sampai dan menguruskan pasangan tersebut.

“Saya doakan agar tidak ada apa-apa yang serius pada pasangan itu dan semoga cepat sembuh buat mereka,” katanya.

Kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta pacuan empat roda di persimpangan jalan utama.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama isterinya telah melanggar kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba keluar ke jalan utama.

Pasangan itu mengalami cedera apabila terpelanting daripada motosikal. Pemandu pecuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast