Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Malaysia hanya bertindak menjadi fasilitator  di antara Kerajaan Thailand dan Kembojak kerana kedua-dua negara yang sukar untuk berhubung antara satu sama lain.

Lantaran itu, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan tuduhan bahawa Malaysia campur tangan dalam perihal pertelingkahan Thailand dan Kemboja adalah dakwaan yang tersasar jauh.

“Benda itu dilaporkan kepada Jemaah Menteri, awal lagi, (kedua-dua pihak minta Malaysia sebagai negara neutral untuk jadi fasilitator).

“Jadi tidak benar Malaysia masuk campur dalam perihal mana-mana negara apatah lagi, jiran kita.

“Jadi ini satu dakwaan yang tidak baik dan tidak betul. Kita lihat kumpulan tersebut tidak mewakili KKerajaan Thailand sama ada pihak tersebut mempunyai motif atau agenda sendiri (yang membuat dakwaan), itu perihal mereka,” kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai, hari ini.

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, syarat perdamaian dipersetujui dan diputuskan oleh kedua-dua negara  sebelum pemeteraian dibuat di Malaysia.

“Tapi segala syarat, segala keputusan itu ditentukan oleh Kambodia dan Thailand sebelum genjatan senjata ditandatangani di Kompleks Sei Perdana dan sewaktu perjanjian perdamaian yang dimeterai disaksikan Amerika Syarikat (AS).

“Semua itu dipersetujui oleh Thailand dan Kemboja, Malaysia tidak masuk campur dalam apa yang dipersetujui itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak dakwaan ‘campur tangan’ Malaysia dalam cara Thailand mengendalikan pertikaiannya dengan Kemboja.

Penafian itu disuarakannya, susulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Kedutaan Malaysia di Bangkok, semalam, yang menuduh Anwar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN mencampuri usaha Thailand menegakkan kedaulatannya.

Sebaliknya, Anwar berkata, Malaysia hanya memudahkan perbincangan untuk penyelesaian secara baik terhadap konflik melibatkan dua negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast