BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Israel akan melakukan “semua yang diperlukan” untuk menghentikan Hezbollah daripada berkumpul semula di Lubnan dan bersama Hamas daripada melakukan perkara yang sama di Gaza.
Sepanjang minggu lalu, Israel telah menyerang tapak pelancar dan tentera Hezbollah.
Agensi Pertahanan awam Gaza berkata, 21 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pelbagai serangan udara Israel pada 22 November, ketika Hamas dan Israel sekali lagi berbalas tuduhan melanggar gencatan senjata rapuh yang berlaku sejak 10 Oktober.
“Kami terus menyerang keganasan di beberapa tapak.
“Hujung minggu ini, IDF (tentera Israel) menyerang Lubnan, dan kami akan terus melakukan semua yang diperlukan untuk menghalang Hezbollah daripada mewujudkan semula keupayaan ancamannya terhadap kami.
“Inilah juga yang kami lakukan di Semenanjung Gaza. Sejak gencatan senjata, Hamas tidak berhenti melanggarnya, dan kami bertindak sewajarnya,” kata Netanyahu semasa merasmikan mesyuarat Kabinet.
Pada 22 November merupakan salah satu hari paling dahsyat sejak gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) antara Israel dan Hamas berkuat kuasa selepas dua tahun perang.
Tentera Israel berkata, seorang “pengganas bersenjata” telah melintasi garisan kuning – sempadan dalam Semenanjung Gaza yang telah ditarik balik oleh tentera Israel dan menembak tentera Israel.
Sebagai tindak balas, tentera “mula menyerang sasaran keganasan di Semenanjung Gaza.”
Netanyahu mendakwa pada 23 November, Hamas telah membuat “beberapa percubaan” untuk menyusup keluar dari garisan kuning untuk “cuba mencederakan tenterana.
“Kami telah menggagalkan ini dengan kekerasan yang hebat dan juga membalas dendam serta mengenakan harga yang sangat tinggi. Itu termasuk ramai pengganas yang kami hapuskan,” tambahnya.
Netanyahu berkata, ia adalah “pembohongan mutlak” bahawa Israel memerlukan kelulusan luar sebelum mengambil tindakan.
“Kami memutuskan secara bebas daripada sebarang faktor, dan begitulah sepatutnya. Israel bertanggungjawab terhadap keselamatannya sendiri,” katanya.
Tentera Israel dan agensi keselamatan domestik Shin Bet mendakwa, serangan 22 November ke atas Gaza telah mengorbankan Ketua Bekalan dan Peralatan Hamas, Alaa Haddadeh, yang didakwa sedang memindahkan senjata dari ibu pejabat Hamas kepada komander batalion dan lapangan,” kata satu kenyataan Bersama. – Agensi
















