Pasangan selebriti, Uqasha Senrose (kanan) dan Kamal Adli hadir ke mahkamah bagi sebutan kes penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MALAYSIAGAZETTE, 28 OKTOBER 2025.(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Rezeki aktor Kamal Adli tiba-tiba melimpah-ruah apabila dihujani pelbagai tawaran baharu biarpun dia dan isterinya, Uqasha Senrose sedang dilanda kemelut rumah tangga.

Terbaru Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dipilih sebagai wajah promosi jenama makanan terkenal, Pak Mat Western.

“Juruwang baru Pak Mat Western,” tulisnya ringkas menerusi hantaran dalam Instagram miliknya di sini.
Perkongsian tersebut mendapat komen netizen sehinggga ada yang menyifatkan pelakon drama Dia Imamku itu memiliki aura seperti pelakon Fattah Amin sebelum ini.

Jenama makanan terkenal itu sinonim dan bijak mencuri peluang menggunakan selebriti terbabit ketika nama mereka sedang ‘panas’.

Antara individu berpengaruh yang pernah muncul dalam video promosi jenama terbabit adalah Tun Dr Mahathir, Tyzo, Khairy Jamaluddin (KJ), Syukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad dan Fattah Amin.

Rumah tangga Kamal bergoncang selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 19 bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast