Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya (kiri) bersalaman bersama calon Barisan Nasional (BN) N.24 Tanjung Keramat, Jeffery Nor semasa melawat pusat pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kem Tentera Darat Markas 5 Briged, Lok Kawi, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2025.

PUTATAN – Calon BN N24 Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed menasihatkan pengundi awal dalam kalangan tentera dan polis untuk keluar lebih awal untuk mengundi bagi mengelakkan sebarang kesulitan termasuk cuaca hujan.

Beliau berkata, walaupun cuaca masih baik pada pagi ini, namun semua pengundi awal harus merancang perjalanan untuk keluar mengundi.

“Alhamdulillah hari ini tidak hujan hanya semalam saja hujan lebat, saya berharap proses pengundian awal berjalan dengan lancar.

Calon Barisan Nasional (BN) N.24 Tanjung Keramat, Jeffery Nor melawat pusat pengundian wal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kem Tentera Darat Markas 5 Briged, Lok Kawi, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2025.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tadi saya telah berjalan melihat kelancaran proses pengundian itu berjalan dengan baik.

“Saya berharap lebih ramai pengundi awal ini keluar mengundi hari ini, cuaca sejarang pun sudah redup, saya rasa tamat jam 5 petang nanti,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pusat pengundian awal di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Calon BN N24 Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed menasihatkan pengundi awal dalam kalangan tentera dan polis untuk keluar lebih awal untuk mengundi bagi mengelakkan sebarang kesulitan termasuk cuaca hujan.

Sebelum ini, SPR menetapkan 25 November sebagai tarikh pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Seramai 11,697 pengundi awal terdiri dalam kalangan tentera bersama pasangan, manakala bagi kategori polis pula, seramai 12,729 pengundi direkodkan setakat 6 Oktober lalu.

Calon Warisan N.24 Tanjung Keramat, Mohammad Firdaus Diun melawat pusat pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kem Tentera Darat Markas 5 Briged, Lok Kawi, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2025.

Sementara itu, calon Warisan N24 Tanjung Keramat, Mohammad Firdaus Diun pula berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian awal yang berjalan dengan lancar

“Alhamdulillah, harap cuaca bagus, beri peluang kepada mereka yang mengundi datang awal lah. Itu yang penting dan keadaan terkawal

“Alhamdulillah, dengan sentimen parti lokal, Insya-Allah dapat membantu. Harap mereka tetapkan undian, mana-mana pun, pilihlah parti lokal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast