WELLINGTON – Dua pendaki yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di gunung tertinggi New Zealand pada pagi Selasa, menurut polis negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, Komander Kawasan Aoraki, Inspektor Vicki Walker berkata kedua-dua pendaki yang hilang itu ditemukan telah meninggal dunia oleh pasukan penyelamat kira-kira 7 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh dua helikopter sepanjang malam.

Menurut beliau, usaha membawa turun mayat kedua-dua mangsa sedang dijalankan.

Mangsa yang maut merupakan sebahagian daripada kumpulan empat orang yang memerlukan bantuan pada Isnin ketika berada di bahagian barat Aoraki Mount Cook di Pulau Selatan, New Zealand.

Dua lagi anggota kumpulan itu berjaya diterbangkan keluar dari gunung setinggi 3,724 meter itu tanpa kecederaan pada kira-kira 2.15 pagi Selasa (1315 GMT Isnin), tambah Walker.

— BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast